Mahkamah Beijing putuskan pampasan difailkan keluarga penumpang MH370

9 Dis 2025, 12:19 AM
Mahkamah Beijing putuskan pampasan difailkan keluarga penumpang MH370
Mahkamah Beijing putuskan pampasan difailkan keluarga penumpang MH370
Mahkamah Beijing putuskan pampasan difailkan keluarga penumpang MH370
Mahkamah Beijing putuskan pampasan difailkan keluarga penumpang MH370

BEIJING, 9 DIS: Sebuah mahkamah di Beijing telah membuat keputusan berhubung tuntutan pampasan yang difailkan oleh keluarga beberapa penumpang pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang pada 2014, menurut Mahkamah Tinggi Rakyat Beijing dalam satu kenyataan semalam, lapor Xinhua.

Lapan kes yang diputuskan kali ini melibatkan lapan penumpang. Mahkamah Rakyat Daerah Chaoyang pada Jumaat mengarahkan defendan membayar pampasan kepada plaintif selaras dengan Konvensyen Montreal dan undang-undang China yang berkaitan.

Pampasan itu meliputi ganti rugi, kos pengebumian, ganti rugi tekanan emosi, kerugian lain serta kos berkaitan berjumlah lebih 2.9 juta yuan (kira-kira US$410,000) bagi setiap kes.

Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac 2014. Sejak 2016, ahli keluarga kepada 75 penumpang yang hilang telah memfailkan 78 tuntutan mahkamah secara berperingkat, menuntut ganti rugi dan menyeru penubuhan dana mencari dan menyelamat, antara tuntutan lain, terhadap Malaysia Airlines dan beberapa defendan lain, menurut mahkamah itu.

- BERNAMA-XINHUA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619