Jumlah mangsa bah di Selangor, Perak terus menurun, Pahang kekal

6 Dis 2025, 1:56 PM
Jumlah mangsa bah di Selangor, Perak terus menurun, Pahang kekal
Jumlah mangsa bah di Selangor, Perak terus menurun, Pahang kekal
Jumlah mangsa bah di Selangor, Perak terus menurun, Pahang kekal

KUALA LUMPUR, 6 DIS: Situasi banjir di tiga negeri menunjukkan perkembangan positif setakat 9 malam ini apabila jumlah mangsa di Perak dan Selangor terus mencatatkan penurunan, manakala Pahang kekal tidak berubah.

Di PERAK, jumlah mangsa menurun kepada 1,021 orang daripada 291 keluarga yang masih berlindung di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah, berbanding 1,280 orang daripada 376 keluarga pada sebelah petang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan daerah Hilir Perak kekal mencatat angka tertinggi dengan 465 mangsa, diikuti Bagan Datuk (335) dan Manjung (221).

Di SELANGOR, jumlah mangsa juga terus berkurangan kepada 114 orang daripada 45 keluarga berbanding 122 orang daripada 49 keluarga petang tadi.

Menurut laman web InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hanya tiga PPS masih beroperasi, semuanya terletak di daerah Kuala Selangor.

Sementara itu di PAHANG, jumlah mangsa kekal 31 orang daripada 12 keluarga.

InfoBencana JKM memaklumkan, daerah Raub menempatkan 24 mangsa di PPS Balai Raya Kampung Ulu Sungai, manakala tujuh sekeluarga masih berlindung di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619