Undang-Undang Anti Lompat Parti memadai, tiada keperluan pinda perlembagaan - Azalina

20 Nov 2025, 1:25 AM
Undang-Undang Anti Lompat Parti memadai, tiada keperluan pinda perlembagaan - Azalina

SHAH ALAM, 20 NOV: Kerajaan tidak bercadang meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti buat masa ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerangka perundangan sedia ada seperti yang termaktub dalam Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan adalah memadai dan seimbang.

"Matlamat utama peruntukan ini adalah untuk menjamin kestabilan politik negara di samping menghormati hak asasi untuk berpersatuan yang dijamin oleh Perlembagaan.

“Buat masa ini, kerajaan tidak mempunyai cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Azalina menjawab soalan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN - Beluran) yang ingin mengetahui tindakan kerajaan untuk memperkukuhkan undang-undang berkaitan lompat parti membabitkan Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan sentiasa bersedia meneliti perkara tersebut dengan lebih lanjut bersama semua parti kerajaan dan pihak pembangkang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619