RM10 juta naik taraf IPT kendalian Selangor

14 Nov 2025, 12:27 PM
RM10 juta naik taraf IPT kendalian Selangor

SHAH ALAM, 14 NOV: Sebanyak RM10 juta diperuntuk bagi projek menaik taraf, membaik pulih fasiliti dan menambah baik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bawah Kerajaan Negeri.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata ia membabitkan Universiti Selangor (Unisel), Universiti Islam Selangor (UIS), Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) dan fasiliti asrama Yayasan Selangor.

"Pemerkasaan institusi pendidikan ini merangkumi aspek infrastruktur, pembangunan keupayaan dan kecekapan tenaga pengajar serta pentadbir.

"Ia juga meliputi kerjasama dan jaringan industri, fasiliti pengajaran serta pembelajaran dan pembangunan mahasiswa," katanya ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2026, hari ini.

Belanjawan tahun lalu memperuntuk RM9 juta bagi pembangunan IPT yang terdiri daripada Unisel, UIS dan STDC.

Dana itu juga termasuk menaik taraf infrastruktur asrama Yayasan Selangor di Klang dan Sabak Bernam bagi memastikan setiap pelajar berada dalam persekitaran yang kondusif.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619