Anwar umum 10 calon KEADILAN PRN Sabah

9 Nov 2025, 2:48 PM
Anwar umum 10 calon KEADILAN PRN Sabah

SHAH ALAM, 9 NOV: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 10 calon parti itu yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah, termasuk anak lelaki Yang di-Pertua Negeri, Datuk Yamani Hafez Musa.

Datuk Yamani Hafez Musa, bekas Ahli Parlimen Sipitang, akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin, lapor Berita Harian.

Antara calon lain ialah penyandang DUN Inanam, Datuk Peto Galim, dan bekas Ahli Parlimen Putatan, Datuk Awang Husaini Sahari, yang bakal bertanding di DUN Petagas.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pelancongan Sabah, Thonny Chee, dinamakan sebagai calon mempertahankan kerusi DUN Api-Api, yang sebelum ini disandang oleh Datuk Seri Christina Liew.

Calon lain termasuk bekas ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Jamawi Jaafar (DUN Melalap) dan Datuk George Hiew Vun Zin (DUN Karamunting). Jamawi sebelum ini adalah ADUN Kemabong manakala Hiew penyandang kerusi DUN Sri Tanjong.

Muka baharu KEADILAN, Datuk Ruji Ubi, bekas Ketua Setiausaha di beberapa kementerian Persekutuan, dipilih bertanding di DUN Merotai.

Selain itu, calon lain ialah bekas guru Rufinah Pengeran (DUN Tulid), Abdul Said Pimping (DUN Gum-Gum) dan Romansa Lamin (DUN Segama).

Majlis pengumuman di hadapan kira-kira 5,000 penyokong di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu turut dihadiri Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, serta Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADIALN Sabah, Datuk Mustapha Sakmud.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619