Wakaf Selangor salur RM50,000 bantu SRA Labohan Dagang naik taraf kemudahan

7 Nov 2025, 8:56 AM
Wakaf Selangor salur RM50,000 bantu SRA Labohan Dagang naik taraf kemudahan

SHAH ALAM, 5 NOV: Perbadanan Wakaf Selangor (Wakaf Selangor) menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM50,000 kepada Sekolah Rendah Agama (SRA) Labohan Dagang, Kuala Langat bagi tujuan naik taraf bangunan sekolah berkenaan.

Sumbangan tersebut disampaikan Pengurus Bahagian Korporat Wakaf Selangor Muhammad Hafiz Bahari kepada Guru Besar SRA Labohan Dagang Miskiah Sahri dalam satu majlis ringkas di sekolah berkenaan baru-baru ini.

PWS dalam kenyataan memaklumkan inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen berterusan agensi itu dalam memperkukuh pembangunan institusi pendidikan Islam melalui dana wakaf yang disalurkan oleh umat Islam di negeri ini.

“Wakaf bukan sekadar amalan sedekah, tetapi instrumen pembangunan ummah yang mampu memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat, khususnya dalam bidang pendidikan,” jelas kenyataan itu.

Selain penyerahan sumbangan, Wakaf Selangor turut memberi penerangan kepada guru-guru bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan wakaf dalam memperkasa institusi pendidikan Islam.

Dalam masa sama, kaunter khas turut dibuka bagi memberi peluang kepada warga sekolah dan masyarakat sekitar menunaikan wakaf serta menyokong misi ‘Satu Wakaf, Sejuta Manfaat’ yang digerakkan Wakaf Selangor.

Perbadanan itu turut menggalakkan orang ramai untuk melaksanakan wakaf tunai melalui saluran rasmi yang diyakini dan dipercayai bagi bersama-sama menjayakan pembangunan ummah di Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619