NASIONAL

Kerajaan disaran bantu IKS Bumiputra tembusi pasaran eksport

19 Jan 2019, 5:06 AM
Kerajaan disaran bantu IKS Bumiputra tembusi pasaran eksport

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 19 JAN: Kerajaan disaran meningkatkan usaha membantu pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) milik Bumiputra mengeksport produk masing-masing ke pasaran antarabangsa.

Ahli Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Dr Rosli Yaakob berkata, antara bantuan boleh dihulurkan termasuk membabitkan isu kewangan dan teknikal.

"Sebenarnya banyak produk IKS keluaran Bumiputra berpotensi untuk dipasarkan di luar negara khasnya di negara Islam.

"Bagaimanapun, masih ramai pengusaha IKS ini yang tidak memiliki pengetahuan teknikal dan sumber modal terhad untuk melangkah ke pasaran luar negara," katanya ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.

Beliau yang juga bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia berkata, selain mampu meningkatkan ekonomi Bumiputra, usaha ini juga membantu kerajaan memulihkan ekonomi dan meningkatkan nilai mata wang negara.

Katanya, pengusaha IKS Bumiputra juga perlu memanfaatkan kerancakan industri e-Dagang.

Hal ini berikutan pasaran perniagaan atas talian pada hari ini semakin berkembang pesat dan mampu memberi pulangan tinggi kepada peniaga.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619