Selangor mula proses pemutihan inap desa, Sabak Bernam jadi perintis

4 Nov 2025, 1:00 PM
Selangor mula proses pemutihan inap desa, Sabak Bernam jadi perintis
Selangor mula proses pemutihan inap desa, Sabak Bernam jadi perintis
Selangor mula proses pemutihan inap desa, Sabak Bernam jadi perintis

KLANG, 4 NOV: Sabak Bernam menjadi daerah pertama di Selangor melaksanakan proses pemutihan inap desa bagi memastikan pengusaha penginapan beroperasi secara sah dan mematuhi syarat penggunaan tanah.

EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim berkata, setakat ini sebanyak 140 inap desa dikenal pasti di daerah berkenaan, kebanyakannya dibina di atas tanah bendang dan tidak menepati piawaian ditetapkan.

“Homestay (inap desa) banyak tetapi isunya mereka tidak berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac). Ini menyukarkan kawalan atau pemantauan dibuat sekiranya berlaku insiden yang akhirnya Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tempatan dipersalahkan.

“Malah, jika didirikan atas tanah bendang, ia tidak mematuhi syarat penggunaan tanah. Cara untuk bantu adalah melalui proses pemutihan dengan berikan mereka lesen sementara, perlu betulkan semua ini supaya lebih teratur,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis graduasi Hos Komuniti Setempat Selangor daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor di sini, hari ini.

Suee Lim menjelaskan, bayaran lesen sementara yang dikenakan berpatutan dan tidak membebankan pengusaha.

“Kerajaan Negeri tidak menghalang sebaliknya mahu membantu semua pemain industri dalam sektor pelancongan supaya mereka mematuhi undang-undang.

“Setakat ini, bayaran lesen sementara sedang dalam perbincangan tetapi jumlahnya tidak terlalu tinggi, mereka mampu. Kita bukan hendak susahkan tetapi cuba membantu,” katanya.

Tambah beliau, semua pemilik inap desa akan dipanggil tahun hadapan bagi sesi taklimat bersama Motac untuk memberi penerangan mengenai tanggungjawab dan keperluan operasi yang sah.

Sebelum ini, Suee Lim memaklumkan hanya 16 inap desa di Selangor mendapat penarafan Motac, manakala selebihnya gagal mematuhi kriteria dan tidak memohon lesen.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619