NASIONAL

OKU digalak sertai latihan kemahiran untuk persijilan

17 Jan 2019, 6:55 AM
OKU digalak sertai latihan kemahiran untuk persijilan

BATU GAJAH, 17 JAN: Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dinasihatkan supaya mengikuti program latihan kemahiran disediakan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan mereka memperoleh persijilan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, latihan atau pembiayaan diberikan kepada golongan itu akan menjadikan kehidupan mereka stabil sepanjang masa dan lebih maju, pada masa akan datang.

"Kita juga mengharapkan pertubuhan bukan kerajaan dan pihak pembangunan usahawan menyediakan program latihan kemahiran serta memberikan modal atau geran pembiayaan untuk OKU memulakan atau mengembangkan perniagaan serta bidang keusahawanan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pekerjaan, Kemahiran dan Keusahawanan Insan Istimewa di Kampung Batu Enam, Jalan Tanjung Tualang di sini hari ini.

Katanya, antara pusat latihan kemahiran yang menawarkan pelbagai kursus termasuk Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia di Batu Gajah dan di Nibong Tebal, Pulau Pinang; Pusat Latihan Teknologi Tinggi, Taiping; serta Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Pada majlis itu, Mahfuz turut menyampaikan geran bantuan perniagaan kepada 11 penerima yang layak membabitkan peruntukan lebih RM300,000 di bawah Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya serta Program Pembangunan Usahawan Mikro Bumiputera

*Sumber: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619