Diskaun saman trafik 70 peratus mulai 1 Nov, hanya untuk kesalahan boleh kompaun

30 Okt 2025, 11:46 PM
Diskaun saman trafik 70 peratus mulai 1 Nov, hanya untuk kesalahan boleh kompaun
Diskaun saman trafik 70 peratus mulai 1 Nov, hanya untuk kesalahan boleh kompaun
Diskaun saman trafik 70 peratus mulai 1 Nov, hanya untuk kesalahan boleh kompaun

KUALA LUMPUR, 31 OKT: Kempen pengurangan bayaran saman trafik sebanyak 70 peratus yang ditawarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), tidak terpakai bagi kesalahan yang tidak boleh dikompaun (NC).

Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata selain itu, tawaran pengurangan terbabit adalah tertakluk kepada nilai kompaun semasa, dengan kadar minimum iaitu RM30 sahaja.

“Urusan penyelesaian saman boleh dilaksanakan melalui platform MyBayar PDRM bagi pengguna berdaftar dengan MyDigital ID, serta di semua kaunter trafik daerah dan pejabat pos di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Yusri berkata kempen terbabit akan dilaksanakan bermula 1 Nov ini hingga 30 Dis depan.

Beliau berkata kempen itu selaras dengan keputusan kerajaan menyelaras semula kadar serta kaedah kompaun saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang akan berkuat kuasa 1 Jan 2026 berasaskan prinsip “The Less You Delay, The Less You Pay.”

“Orang ramai boleh menikmati kadar kompaun yang lebih rendah sekiranya bayaran dibuat lebih awal,” katanya.

Mohd Yusri turut menggalakkan orang ramai menyelesaikan saman sebelum 30 Dis ini sebagai sokongan kepada usaha kerajaan membentuk budaya pemanduan yang lebih bertanggungjawab, berdisiplin dan selamat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619