Bomba Selangor sertai kempen Anda Hero Asnaf, LZS sasar kutipan RM100,000

29 Okt 2025, 1:08 AM
Bomba Selangor sertai kempen Anda Hero Asnaf, LZS sasar kutipan RM100,000

SHAH ALAM, 29 OKT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperluas kempen Anda Hero Asnaf kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor bagi menggalakkan pembayaran zakat secara konsisten melalui potongan gaji bulanan.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Khaidzir Shahari berkata, inisiatif itu kesinambungan kejayaan program bersama Angkatan Tentera Malaysia sebelum ini, simbol semangat wira yang melindungi masyarakat melalui kebajikan zakat, lapor Sinar Harian.

“Sebagaimana bomba benteng keselamatan masyarakat, zakat pula benteng kebajikan ummah,” katanya pada majlis pelancaran di Ibu Pejabat JBPM Selangor, disempurnakan Pengarahnya Wan Md Razali Wan Ismail.

Tahun lalu, kutipan zakat melalui potongan gaji anggota bomba berjumlah RM54,029 dengan 176 penyumbang aktif. LZS menyasarkan kutipan meningkat kepada RM100,000 menjelang 2026.

Majlis turut menyaksikan penyerahan Wakalah Majikan bernilai RM6,753 kepada JBPM bagi program kebajikan warga bomba.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619