JPM nafi keluar arahan larangan telefon pintar bawah umur 16 tahun

27 Okt 2025, 11:37 AM
JPM nafi keluar arahan larangan telefon pintar bawah umur 16 tahun

KUALA LUMPUR, 27 OKT: Dokumen bertajuk Perintah Larangan Penggunaan Telefon Pintar Bagi Individu Di Bawah Umur 16 Tahun yang tular di aplikasi WhatsApp adalah palsu, menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM).

JPM menerusi kenyataan menegaskan jabatan itu tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa beretika dan bertanggungjawab serta memastikan kesahihan maklumat sebelum dikongsikan kepada pengguna lain untuk mengelak sebarang kekeliruan,” menurut kenyataan itu, yang turut berkongsi dokumen palsu berkenaan.

JPM memaklumkan penyebaran berita atau maklumat palsu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Dokumen palsu bertarikh 20 Oktober yang menggunakan kepala surat JPM itu antara lain menyatakan bermula 1 Januari 2026, semua individu berumur di bawah 16 tahun dilarang sama sekali daripada memiliki, menggunakan atau mengakses telefon pintar di mana-mana kawasan dalam wilayah Malaysia.

Ia juga menyatakan individu atau penjaga yang gagal mematuhi perintah itu boleh dikenakan tindakan termasuk denda tidak melebihi RM5,000 atau hukuman kerja khidmat masyarakat mengikut budi bicara mahkamah atau pihak berkuasa tempatan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619