MX Pronozzer ciptaan MBDK bantu padam kebakaran tanah gambut

27 Okt 2025, 7:00 AM
MX Pronozzer ciptaan MBDK bantu padam kebakaran tanah gambut

SHAH ALAM, 27 OKT: Festival IDEA@Selangor mengetengahkan inovasi hijau MX Pronozzer ciptaan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) yang berperanan membantu memadam kebakaran tanah gambut dengan lebih pantas dan efisien.

Pegawai Penguatkuasa MBDK, Mohd Hafiz Shafiee, 39, berkata inovasi itu terbukti berkesan memadamkan api yang merebak di permukaan dan bawah tanah gambut tanpa memerlukan tenaga anggota bomba yang ramai.

“Kita lakukan penambahbaikan dengan mempelbagaikan kegunaan MX Pronozzer daripada pemadaman apo tanah gambut kepada kebakaran di pusat pelupusan sampah.

“Inovasi ini bermula daripada penggunaan alat ‘pronozzer’ sebelum ditambah baik bersama pihak bomba menjadi MX Pronozzer,” katanya ketika ditemui di reruai MBDK sempena festival berkenaan di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Pegawai Penguatkuasa MBDK, Mohd Hafiz Shafiee ketika Festival Ideal@Selangor di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam pada 26 Oktober 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Menurut beliau, MBDK turut menyertai beberapa pertandingan inovasi di peringkat negeri dengan mengetengahkan alat tersebut, yang kini mendapat perhatian pelbagai pihak.

“Kami berharap MX Pronozzer dapat diperluaskan penggunaannya ke peringkat PBT lain supaya menjadi pemudah cara kepada pihak berkaitan terutamanya pihak bomba,” katanya.

Terdahulu, festival yang berlangsung selama dua hari bermula 25 dan 26 Oktober itu dirasmikan Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau turut menyertai sesi Bicara Buku: Telaah Intelektual @ Festival IDEA Selangor 2025, menelusuri karya agung “Intelektual Masyarakat Membangun” nukilan Profesor Syed Hussein Alatas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619