SELANGOR

ADN Semenyih meninggal dunia akibat serangan jantung

11 Jan 2019, 1:17 AM
ADN Semenyih meninggal dunia akibat serangan jantung

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 11 JAN: Ahli Dewan Negeri (ADN) Semenyih, Mohd Bakhtiar Mohd Nor meninggal dunia pada jam 4.45 pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.

Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar, Borhan Aman Shah berkata, Allahyarham yang berusia 57 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kajang.

"Jenazah akan dibawa pulang ke rumah keluarga di Jalan Sungai Lalang, Tekala dan akan disembahyangkan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih.

"Untuk makluman, jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir.

"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan golongan yang soleh," katanya dalam kenyataan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Mohd Bakhtiar menang kerusi DUN Semenyih dengan majoriti 8,964 undi mengalahkan Datuk Johan Abd Aziz (BN), Mad Shahmidur Mat Kosim (Pas) dan S. Arutchelvan (PSM).

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619