Siasatan penuh penuntut UM jatuh kolej kediaman sedang dijalankan: Zambry

17 Okt 2025, 1:00 PM
Siasatan penuh penuntut UM jatuh kolej kediaman sedang dijalankan: Zambry

KUALA LUMPUR, 17 OKT: Laporan dan siasatan penuh berhubung kes seorang penuntut Universiti Malaya (UM) maut selepas terjatuh daripada bangunan kolej kediaman petang tadi sedang dijalankan pihak berkuasa, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Menerusi catatan di Facebook, Zambry berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan UM akan memberikan bantuan segera kepada keluarga mangsa.

"Buat masa ini, kita masih menunggu kenyataan rasmi daripada pihak polis sebelum KPT mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut," katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar berkenaan.

Zambry berkata sejurus menerima perkhabaran mengenai insiden itu, beliau bergegas ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Sementara itu, UM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa mahasiswa yang terlibat dalam insiden berkenaan meninggal dunia ketika menerima rawatan di PPUM.

Menurut kenyataan itu, punca kejadian masih dalam siasatan dan UM kini memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

UM juga meminta semua pihak agar menghormati privasi keluarga pelajar berkenaan serta tidak membuat sebarang spekulasi atau perkongsian maklumat yang tidak sahih berhubung insiden ítu.

"Seluruh warga UM menzahirkan rasa sedih dan simpati yang mendalam kepada keluarga Allahyarham dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar sedang menyalurkan bantuan serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada keluarga Allahyarham," menurut kenyataan itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619