Pelajar lelaki umur 14 tahun ditahan kes gangguan seksual di sekolah

17 Okt 2025, 12:06 AM
Pelajar lelaki umur 14 tahun ditahan kes gangguan seksual di sekolah

SHAH ALAM, 17 OKT: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditahan selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja perempuan lain di sebuah sekolah di Sabak Bernam, dekat sini, 13 Okt lepas.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Md Yusoff Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu suspek telah melakukan perbuatan berkenaan terhadap mangsa yang berusia 15 tahun pada waktu rehat.

"Tangkapan dilakukan pada hari sama (13 Okt) di Jalan Parit, Sungai Besar dan permohonan reman ke atas suspek telah dibenarkan bermula 14 Okt hingga esok," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619