NASIONAL

Polis tahan tiga individu muat naik komen hina Sultan Muhammad V

9 Jan 2019, 6:53 AM
Polis tahan tiga individu muat naik komen hina Sultan Muhammad V

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 9 JAN: Polis mengesahkan telah menahan tiga individu berhubung kenyataan berunsur hinaan di laman sosial terhadap Sultan Muhammad V berkaitan isu peletakan jawatan baginda sebagai Yang Di-Pertuan Agong XV.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, ketiga-tiga individu itu ditahan semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

"Masyarakat dinasihatkan menggunakan medium laman sosial secara berhemah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bersifat provokatif atau memanipulasi isu peletakan jawatan Yang Di-Pertuan Agong XV sehingga mampu menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negara ini," katanya dalam kenyataan.

Tiga individu dimaksudkan adalah Eric Liew Chee Ling, 46 selaku pemilik akaun Facebook 'Eric Liew'; Azham Akhtar Abdullah, 27, pemilik akaun Twitter @azhamakhtar dan seorang lagi pemilik akaun twitter @aliaastaman, Nur Alia Astaman, 26.

Sebelum ini, polis menerima beberapa laporan polis berhubung tindakan pemilik akaun media sosial yang memuat naik komen-komen berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619