Seorang maut, 18 cedera bas rempuh tiang papan tanda Lebuhraya Plus

11 Okt 2025, 1:39 AM
Seorang maut, 18 cedera bas rempuh tiang papan tanda Lebuhraya Plus

KUALA LUMPUR, 11 OKT: Seorang lelaki maut manakala 18 lagi cedera selepas bas ekspres dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar tiang papan tanda di KM293.4 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Bangi, Selangor awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 2.57 pagi.

Beliau berkata mangsa yang maut ialah penumpang lelaki berusia 59 tahun yang ditemukan tersepit sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan di lokasi.

"Sebanyak 18 mangsa lain cedera dan menerima rawatan di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata operasi menyelamat melibatkan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, Seri Kembangan dan KLIA bersama beberapa jentera termasuk unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619