Nanta arah bantuan kepada petugas JKR Selangor terlibat kemalangan

27 Sep 2025, 10:41 AM
Nanta arah bantuan kepada petugas JKR Selangor terlibat kemalangan

KUALA LUMPUR, 27 SEPT: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi telah mengarahkan supaya bantuan serta sokongan sewajarnya diberikan kepada dua petugas Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor yang terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, pagi tadi.

Nanta dalam hantaran di Facebook berkata sebelum kemalangan, Mohd Hafizi Anuar dan Aliq Hazua Muhammad Musalal menjalankan tugas penyelenggaraan di bangunan Penjara Kajang.

“Saya dimaklumkan bahawa kedua-dua mereka mengalami kecederaan parah selepas kenderaan jabatan yang dinaiki dirempuh sebuah lori yang dipercayai mengalami kerosakan brek dalam kejadian berkenaan.

“Pengurusan Tertinggi Kementerian Kerja Raya dan seluruh warga JKR amat bersedih atas insiden ini. Kami mendoakan agar kedua-dua mangsa dikurniakan kesembuhan dan semoga keluarga mereka diberikan kekuatan serta kesabaran dalam menghadapi ujian yang berat ini,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga seorang bayi yang terkorban dalam kemalangan kira-kira 11 pagi itu.

Dalam kejadian itu, lapan mangsa dilaporkan cedera dan telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619