Tragedi sukan sekolah: Murid darjah tiga maut selepas jatuh lubang kumbahan

27 Sep 2025, 5:26 AM
Tragedi sukan sekolah: Murid darjah tiga maut selepas jatuh lubang kumbahan

NILAI, 27 SEPT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah sekolah di sini pada pagi tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira 11 pagi tadi.

"Siasatan awal mendapati pada 9.20 pagi tadi mangsa dilihat oleh orang awam telah terjatuh ke dalam saluran kumbahan yang tidak bertutup ketika berlangsungnya program kejohanan sukan olahraga di sekolah itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pasukan bomba tiba di lokasi telah mengeluarkan mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban namun mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Alzafny berkata bedah siasat dijalankan di Hospital Rembau bagi mengenal pasti punca kematian dan setakat ini, siasatan awal mendapati insiden berlaku akibat kemalangan dan tiada unsur jenayah.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619