Tentera Israel serang 12 kemudahan PBB di Gaza dalam seminggu - UNRWA

23 Sep 2025, 11:30 AM
Tentera Israel serang 12 kemudahan PBB di Gaza dalam seminggu - UNRWA

ISTANBUL, 23 SEPT: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Selasa memaklumkan bahawa 12 kemudahannya di Bandar Gaza telah diserang Israel sepanjang minggu lalu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“UNRWA mengesahkan sama ada serangan langsung atau tidak langsung terhadap 12 premisnya di Bandar Gaza, termasuk sembilan sekolah dan dua pusat kesihatan yang menempatkan lebih 11,000 orang pada 11 hingga 16 Sept,” menurut agensi itu menerusi hantaran di platform media sosial X.

Pejabat Lapangan UNRWA di Gaza turut rosak akibat serangan tidak langsung, manakala satu-satunya pusat kesihatan yang berfungsi di utara Semenanjung Gaza terpaksa menutup operasi pada 13 Sept selepas mengalami kerosakan.

“Kemusnahan besar terhadap infrastruktur awam, ditambah dengan gangguan serius ke atas operasi kemanusiaan serta sekatan akses amat menjejaskan talian hayat terakhir bagi orang awam di Bandar Gaza,” jelas agensi berkenaan.

Sejak 7 Okt 2023, Israel melancarkan serangan ke atas Gaza yang disifatkan sebagai pembunuhan beramai-ramai dan setakat ini telah meragut lebih 65,300 nyawa rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619