Dua pemandu maut kereta bertembung di Jalan Kulai–Kota Tinggi

22 Sep 2025, 6:09 AM
Dua pemandu maut kereta bertembung di Jalan Kulai–Kota Tinggi

KOTA TINGGI, 22 SEPT: Dua pemandu maut selepas kenderaan masing-masing bertembung di Kilometer 26 Jalan Kulai–Kota Tinggi pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang wanita berusia 47 tahun dan sebuah Perodua Bezza dipandu lelaki berusia 37 tahun.

“Akibat kemalangan terbabit, kedua-dua mangsa warga tempatan itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta dalaman dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun, denda RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan memegang lesen memandu sekurang-kurangnya lima tahun, jika sabit kesalahan.

Yusof menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya demi keselamatan semua pihak.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619