Covid-19: Varian baharu XFG dikesan di Malaysia

20 Sep 2025, 12:07 AM
Covid-19: Varian baharu XFG dikesan di Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 SEPT: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan penularan varian baharu Covid-19 iaitu XFG daripada 43,087 kes yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-35 (ME 35/2025).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkifly Ahmad menerusi hantaran di platform X memaklumkan 8.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan pada ME35 adalah varian XFG.

Beliau berkata menerusi pengesanan genomik mendapati varian NB1.8.1 kekal dominan dengan merekodkan 39.4 peratus, diikuti JN.1 (18.1 peratus) dan XEC (13.3 peratus), manakala varian lain merangkumi 21 peratus.

“Secara kumulatif, sehingga ME35/2025, sebanyak 43,087 kes telah dilaporkan berbanding 85,297 kes bagi tempoh sama pada tahun 2024 (penurunan sebanyak 49.5 peratus),” katanya.

Dzulkifly berkata kes mingguan ME35 pula menunjukkan penurunan sebanyak 12.8 peratus iaitu 594 berbanding 681 kes pada ME34.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan satu kematian baharu dilaporkan pada ME35 melibatkan warga emas terlantar berusia 91 tahun.

“Secara kumulatif kematian Covid-19 sehingga kini adalah 3 (dilaporkan pada ME 24/2025, ME 30/2025 dan ME 35/2025,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya terus mengamalkan langkah pencegahan asas terutama mencuci tangan dengan kerap, memakai pelitup muka sekiranya bergejala atau berada di tempat sesak serta mendapatkan vaksinasi sekiranya berisiko.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619