Lelaki curi van jenazah ditahan selepas kemalangan

4 Sep 2025, 2:49 PM
Lelaki curi van jenazah ditahan selepas kemalangan

LELAKI CURI VAN JENAZAH DITAHAN SELEPAS KEMALANGAN

JOHOR BAHRU, 4 SEPT: Seorang lelaki yang dipercayai mencuri van jenazah dari sebuah surau ditahan polis selepas kenderaan itu terbabit dalam kemalangan di Jalan Skudai, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata van jenazah jenis Toyota Hiace milik Surau Nurul Haq di Jalan Besar Sungai Sayong dekat Kulai itu, dipercayai dicuri oleh suspek yang berusia 21 tahun antara 1 hingga 2 pagi tadi.

Beliau bagaimanapun berkata lelaki terbabit kemudian terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori ketika melarikan van itu kira-kira 2.30 pagi.

“Suspek hanya cedera ringan pada muka dan kaki,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata hasil semakan mendapati lelaki itu memiliki 14 rekod jenayah lampau dan dia disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Tan berkata pihaknya sedang mengesan tiga lagi individu yang dipercayai turut terlibat dalam kes berkenaan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619