Kes pelajar jatuh asrama: Polis sedang lengkapkan kertas siasatan

3 Sep 2025, 7:20 AM
Kes pelajar jatuh asrama: Polis sedang lengkapkan kertas siasatan

SHAH ALAM, 3 SEPT: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes pelajar tingkatan tiga yang jatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam 24 Ogos lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata langkah itu dibuat selepas pihaknya selesai melakukan siasatan di tempat kejadian termasuk penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan asrama.

Beliau berkata ramai individu dirakam percakapan bagi membantu dan melengkapkan kertas siasatan terbabit.

“Siasatan berjalan dengan aktif dan telah merakam banyak keterangan untuk membantu siasatan termasuk siasatan di tempat kejadian selesai sebenarnya.

"Kini, kertas siasatan sedang dikemas kini untuk diangkat bagi rujukan pihak pendakwaan negeri untuk memohon nasihat dan pendapat tindakan selanjutnya," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Shazeli berkata pihaknya masih belum dapat mendedahkan sama ada kes berkenaan mempunyai unsur buli atau sebaliknya sehingga taklimat penuh diberikan kepada pejabat pendakwaan negeri.

Beliau berkata mangsa kini masih menerima rawatan di hospital dan dilaporkan belum sedarkan diri.

"Tiada tangkapan dibuat setakat ini, namun kita memperoleh beberapa petunjuk positif dan hala tuju siasatan hasil daripada rakaman keterangan ramai individu,” katanya dan menambah kes masih disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Pada 24 Ogos, media melaporkan Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, 15, parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama yang didakwa mempunyai kaitan dengan perbuatan buli.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619