Selangor, LPPKN bekerjasama tingkat kadar kesuburan penduduk

31 Ogos 2025, 6:17 AM
Selangor, LPPKN bekerjasama tingkat kadar kesuburan penduduk
Selangor, LPPKN bekerjasama tingkat kadar kesuburan penduduk
Selangor, LPPKN bekerjasama tingkat kadar kesuburan penduduk
Selangor, LPPKN bekerjasama tingkat kadar kesuburan penduduk

GOMBAK, 31 OGOS: Kerajaan Negeri bakal bekerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi menangani kadar kesuburan yang kian menurun.

EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari berkata usaha tersebut bagi mendidik masyarakat kepentingan institusi kekeluargaan selain tidak menumpukan kemajuan semata-semata.

Ahli Dewan Negeri Taman Templer Anfaal Saari pada Karnival Sukan Rakyat & Kebudayaan DUN Taman Templer di Padang Awam, Kampung Selayang Indah, Gombak pada 31 Ogos 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Tahap kesuburan di Selangor agak membimbangkan dengan mencatatkan purata 1.5 anak bagi setiap wanita berbanding paras penggantian generasi iaitu 2.1 anak.

“Antara faktor utama penurunan disebabkan ekonomi dan lambat berkahwin. Seharusnya perkara ini ditangani satu persatu dengan usaha kolektif supaya masyarakat faham pentingnya institusi kekeluargaan.

“Oleh itu, kita akan kerjasama dengan LPPKN dengan anjurkan program-program kekeluargaan. Selain itu, dengan Jabatan Pendidikan untuk beri kesedaran kepada pelajar-pelajar sekolah,” ujarnya.

Beliau ditemui pada Karnival Sukan Rakyat dan Kebudayaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer di sini hari ini.

Ahli Dewan Negeri Taman Templer Anfaal Saari (kanan) beramah mesra bersama kanak-kanak yang hadir pada Karnival Sukan Rakyat & Kebudayaan DUN Taman Templer di Padang Awam, Kampung Selayang Indah, Gombak pada 31 Ogos 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Sebelum ini, Anfaal memaklumkan trend kahwin lewat dikenal pasti menjadi antara punca utama kadar kesuburan rendah di Selangor.

Beliau menjelaskan, perkahwinan pada usia lewat mengurangkan tempoh produktif generasi muda yang lazimnya terhad sebelum mencecah usia 40 hingga 50 tahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619