Shanghai catat suhu tinggi dalam 25 hari, paling lama dalam sejarah

31 Ogos 2025, 12:59 AM
Shanghai catat suhu tinggi dalam 25 hari, paling lama dalam sejarah

SHANGHAI, 31 OGOS: Perbandaran Shanghai di timur China pada Sabtu merekodkan hari ke-25 berturut-turut dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius, memecahkan rekod hampir seabad bagi tempoh suhu tinggi paling lama dalam sejarah bandar raya itu, lapor Xinhua.

Menurut perkhidmatan meteorologi perbandaran, rekod terdahulu ialah 24 hari berturut-turut bersuhu tinggi yang dicatat pada 1926, apabila cuaca panas terik berlarutan dari 22 Julai hingga 14 Ogos.

Gelombang haba berpanjangan tahun ini telah menyebabkan Shanghai mengalami sebanyak 44 hari bersuhu tinggi setakat ini.

Hari pertama bersuhu tinggi tahun ini direkodkan pada 17 Jun, kira-kira 10 hari lebih awal berbanding purata tahun-tahun sebelumnya. Suhu panas pada Ogos amat ketara, dengan Shanghai mencatat 26 hari bersuhu tinggi dalam tempoh 30 hari, menyamai rekod tertinggi bulanan yang direkodkan tahun lepas.

Ahli meteorologi Zhu Xueyan berkata fenomena kepanasan berulang-ulang ini berpunca daripada tingkah laku luar biasa tekanan tinggi subtropika di barat laut Pasifik.

Sistem peredaran tekanan tinggi itu menjadi lebih kuat dan stabil di kawasan Delta Sungai Yangtze sejak awal Ogos, sekali gus mewujudkan keadaan yang kondusif kepada suhu tinggi berterusan, katanya kepada Xinhua.

-- BERNAMA-XINHUA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619