Buli: Enam pelajar tingkatan empat dibebas dengan jaminan polis

25 Ogos 2025, 1:45 PM
Buli: Enam pelajar tingkatan empat dibebas dengan jaminan polis

KOTA BHARU, 25 OGOS: Enam pelajar lelaki tingkatan empat yang direman berhubung kes buli seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Pasir Mas minggu lepas, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Kama Azural Mohamed berkata pembebasan itu dibuat selepas tempoh reman mereka berakhir sementara menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan.

“Tempoh reman keenam-enam suspek tamat hari ini dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan Seksyen 507B Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan buli.

Sebelum ini, enam pelajar terbabit ditahan pada Selasa lepas bagi membantu siasatan selepas mangsa dilaporkan dipukul, seluar dilondehkan dan nyaris dijerut dengan dawai sehingga mengalami kecederaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619