SELANGOR

Inisiatif percuma terus gembirakan rakyat

5 Dis 2018, 7:23 AM
Inisiatif percuma terus gembirakan rakyat

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 DIS: Pengecualian pembayaran cukai pintu untuk rumah kampung dan kediaman kos rendah serta fi lesen perniagaan penjaja kecil diteruskan disifatkan berita gembira kepada rakyat, di negeri itu.

Ahli Dewan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang terus komited terhadap aspek kepedulian rakyat.

"Ini adalah berita baik apabila Kerajaan Negeri terus memikirkan aspek kepedulian tinggi terhadap peniaga kecil dan pembayar cukai pintu bagi tempoh empat tahun berturut-turut.

"Peniaga kecil dalam keadaan ekonomi ketika ini sudah tentu terbeban, maka sekali lagi apabila menerima bantuan secara terus dari Kerajaan Negeri, akan membuat mereka tersenyum lebar," katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, beliau yakin walaupun terpaksa menanggung beban kos kewangan lebih RM60 juta, namun dasar berkenaan sangat memanfaatkan rakyat.

Terdahulu, pengecualian pembayaran cukai pintu untuk rumah kampung dan kediaman kos rendah serta fi lesen perniagaan penjaja kecil akan dikekalkan, pada 2019.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri komited melaksanakannya dengan membelanjakan RM69 juta, sehingga kini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619