Polis siasat 'Geng Budak Sekolah' jual bahan lucah kanak-kanak

20 Ogos 2025, 6:20 AM
Polis siasat 'Geng Budak Sekolah' jual bahan lucah kanak-kanak

PUTRAJAYA, 20 OGOS: Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes jenayah seksual melibatkan kanak-kanak susulan terbongkarnya satu kumpulan dikenali sebagai “Geng Budak Sekolah”.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata siasatan yang dikendalikan Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) itu, perlu dilaksanakan berhati-hati kerana ia melibatkan kanak-kanak.

"Cara menguruskan kes kanak-kanak ini ada kaedahnya. Gambar tak boleh dikongsi, nama tak boleh disebut dan segala macam. Menguruskan kes yang melibatkan kanak-kanak dan seumpama ini satu proses rumit yang kita kena faham,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat KDN serta Majlis Perhimpunan Bulanan KDN Bagi Bulan Ogos 2025 di sini hari ini.

Ditanya jika ada kemungkinan wujud dalang di sebalik kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah seksual itu, beliau berkata perkara berkenaan masih belum dapat dipastikan lagi.

Saifuddin Nasution berkata modus operandi kumpulan itu, menggunakan platform WhatsApp untuk menjual bahan lucah dalam kalangan lebih 700 ahlinya.

"Siasatan masih kita buat dan tentulah mengambil masa lebih sedikit tapi sekurang-kurangnya kita tahu modus operandinya bagaimana.

"Tujuannya apa? Ada dorongan untuk mendapatkan itu sebagai sumber pendapatan, tapi dia marketing di dalam group saja … ," kata beliau.

Saifuddin Nasution pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam, memaklumkan polis menumpaskan satu kumpulan dikenali sebagai “Geng Budak Sekolah” yang terlibat dalam jenayah seksual, termasuk membabitkan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619