Pelaburan syarikat logistik RM500 juta di Klang buka 100 peluang kerja

17 Ogos 2025, 6:03 AM
Pelaburan syarikat logistik RM500 juta di Klang buka 100 peluang kerja

KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Pelaburan strategik oleh YCH Fusionaris Sdn Bhd membuktikan potensi pelaburan kini direalisasikan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata pelaburan bernilai RM500 juta di Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor oleh syarikat logistik terkemuka itu bermula daripada potensi yang dikenal pasti semasa Misi Pelaburan dan Perdagangan ke Singapura.

“Pelaburan ini bukan sahaja akan melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai hab rantaian bekalan serantau malah juga akan membuka 100 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat tempatan,” katanya menerusi hantaran di platform X.

Beliau berkata YCH juga sedang giat membina kerjasama dengan rakan kongsi logistik tempatan, sekali gus memperkasakan ekosistem perniagaan tempatan negara.

“Inilah bukti nyata bahawa setiap inisiatif Kerajaan MADANI adalah langkah permulaan yang membawa kepada pelaburan berimpak tinggi, demi kemajuan ekonomi dan teknologi negara kita. Daripada potensi, kita jadikan realiti,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619