Kilang songkok Sungai Panjang cipta peluang kerja, jana ekonomi

14 Ogos 2025, 8:17 AM
Kilang songkok Sungai Panjang cipta peluang kerja, jana ekonomi
Kilang songkok Sungai Panjang cipta peluang kerja, jana ekonomi
Kilang songkok Sungai Panjang cipta peluang kerja, jana ekonomi

SABAK BERNAM, 14 OGOS: Pembinaan kilang songkok oleh Malaya Revolution Sdn Bhd di IKS Merbau Berdarah, Parit 16, Sungai Panjang bakal mencipta peluang pekerjaan selain menjana ekonomi setempat.

EXCO Pengguna Datuk Rizam Ismail berkata kilang itu juga akan mendedahkan anak muda kepada kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sekali gus memacu ke arah pekerjaan bergaji lumayan.

“Dengan adanya kilang Malaya ini saya harap dapat mempertingkatkan dan memperkenalkan budaya warisan songkok bukan sahaja di Nusantara malah di seluruh dunia.

“Saya juga mahu pemilik kilang memberi keutamaan menggaji pekerja tempatan memandangkan kerja kemahiran dan kelompok TVET banyak didominasi warga asing yang membuat sistem kebersamaan hingga berupaya membina syarikat, pekerja serta pasaran niaga sendiri,” katanya ketika menyempurnakan majlis peluncuran kilang tersebut di sini, hari ini.

Pengarah Urusan Malaya Revolution Sdn Bhd Mohd Hafzan Sarbi bercakap kepada media selepas Majlis Peluncuran Pembangunan Industri Desa Bengkel Pembuatan Songkok di Sungai Panjang, Sabak Bernam pada 14 Ogos 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Pengarah Urusan Malaya Revolution Sdn Bhd, Mohd Hafzan Sardi memberitahu pihaknya menyasar untuk menghasilkan hingga 600,000 unit songkok setiap tahun menjelang 2027 dalam usaha menamatkan dominasi perniagaan dalam kalangan warga asing.

Hafzan memaklumkan, sembilan juta unit songkok bernilai RM180 juta perlu dihasilkan untuk memenuhi keperluan pasaran di seluruh negara pada setiap tahun.

“Mereka (warga asing) membuat bahan asas pembuatan songkok itu sendiri dari Indonesia jadi semua pelanggan mereka dari negara jiran ini, tiada yang buat di Malaysia.

“Jadi saya nak buat bahan itu sendiri dan edarkan yang akan menutup peluang perniagaan kepada mereka yang tidak membayar cukai kepada negara,” ujarnya.

Pelbagai jenis reka bentuk Songkok Malaya yang dipamerkan kepada pengunjung ketika Majlis Peluncuran Pembangunan Industri Desa Bengkel Pembuatan Songkok di Sungai Panjang, Sabak Bernam pada 14 Ogos 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Kongsinya lagi, beliau kini mempunyai dua kilang yang mampu menghasilkan sehingga 8,000 unit songkok setahun dan merancang untuk membuka sebuah lagi kilang di daerah sama.

“Saya menunggu kelulusan dari Majlis Daerah Sabak Bernam membina sebuah lagi kilang di sini, yang menjadi pencetus memulakan matlamat memenuhi pasaran sembilan juta tersebut.

“Kelebihan songkok Malaya reka bentuk yang unik dengan diiktiraf Majlis Reka Bentuk Malaysia, menggabungkan corak reka bentuk kesultanan Johor dengan Brunei, memenuhi kehendak orang muda sekarang,” katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619