Peserta acara berbasikal di EKVE maut akibat sesak nafas

11 Ogos 2025, 10:28 AM
Peserta acara berbasikal di EKVE maut akibat sesak nafas

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Seorang lelaki maut dipercayai akibat sesak nafas ketika menyertai acara berbasikal sejauh 50 kilometer di Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Naazron Abdul Yusof berkata akibat mengalami sesak nafas, lelaki warga tempatan berusia 27 tahun itu terjatuh ke atas jalan di Kilometer 13 dan tidak sedarkan diri.

“Rawatan awal telah diberikan di tempat kejadian sebelum mangsa dibawa ke Hospital Ampang, namun disahkan meninggal dunia sejurus sampai di hospital.

“Bedah siasat dilakukan pagi ini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron meminta individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat SM Mohd Nasyran Ab Wahab di talian 03-9021 2222 atau balai polis berhampiran.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619