PELANCONGAN

Pelancongan kesihatan terus dipertingkat

30 Nov 2018, 5:42 AM
Pelancongan kesihatan terus dipertingkat
Pelancongan kesihatan terus dipertingkat

OLEH SHEDA FATHIL

SHAH ALAM, 30 NOV: Pelancongan kesihatan di Selangor akan terus dipertingkatkan bagi menarik lebih ramai pelancong, ke negeri itu.

EXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, sejumlah 30 hospital kerajaan dan swasta sekitar Selangor berpotensi untuk menjadi pakar penjagaan kesihatan antarabangsa di peringkat rantau serta ASEAN.

"Hospital turut menawarkan fasiliti mengikut kriteria untuk menerima pelancong bagi mendapatkan rawatan.

"Justeru, beberapa pakej dan sesi lawatan turut ditawarkan kepada pesakit serta keluarga sebagai memenuhi keperluan melawat beberapa tempat menarik di bandar berdekatan antaranya Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam," katanya ketika membentangkan sesi soal jawab di Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Katanya, salah sebuah hospital di Selangor diiktiraf di peringkat dunia kerana sudah merawat hampir 500,000 pesakit dalam tempoh dua tahun dan 30,000 pesakit berkenaan dari 130 negara.

"Hal ini jelas terbukti bahawa pesakit antarabangsa memilih Selangor untuk mendapatkan rawatan.

"Bagaimanapun, usaha ini akan terus dipergiatkan terutama untuk menambah pesakit antarabangsa bagi mendapatkan rawatan, di sini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619