Polis serbu pusat hiburan, restoran dikendali warga asing di KL, Selangor

10 Ogos 2025, 8:16 AM
Polis serbu pusat hiburan, restoran dikendali warga asing di KL, Selangor

KUALA LUMPUR, 10 OGOS: Polis menyerbu 22 premis hiburan dan restoran yang diubah suai menjadi pub dan bilik karaoke disyaki dikendalikan warga asing dalam Operasi Mega Pusat Hiburan di Selangor dan Kuala Lumpur, malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata operasi bermula 10.30 malam itu membabitkan kerjasama Bahagian Pencegahan Judi/Maksiat/Gansterism (D7) JSJ Bukit Aman bersama D7 JSJ Kontinjen Selangor, D7 JSJ Kontinjen Kuala Lumpur, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

"Sebanyak 16 premis di Selangor dan enam lagi di Kuala Lumpur diserbu dalam operasi ini dengan semuanya dipercayai beroperasi tanpa lesen sah serta menggaji pekerja asing tanpa dokumen perjalanan atau permit kerja yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata serbuan itu membawa kepada penahanan 288 individu berusia antara 18 hingga 51 tahun terdiri daripada warga Myanmar, Nepal dan Bangladesh.

Beliau berkata antara yang ditahan adalah penjaga kaunter, gadis pelayan pelanggan (GRO) serta pelanggan pelbagai negara dan semuanya disiasat mengikut pelbagai peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Akta Hiburan, Akta Eksais, Akta Kastam 1976 dan Akta Imigresen 1959/63.

Beliau berkata polis turut merampas wang tunai, pelbagai peralatan hiburan, minuman keras pelbagai jenama serta beberapa dokumen operasi dalam premis terbabit.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619