Pencapaian SRG.OG tetap membanggakan meski raih naib juara MLBB

5 Ogos 2025, 1:51 PM
Pencapaian SRG.OG tetap membanggakan meski raih naib juara MLBB

SHAH ALAM, 5 OGOS: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pencapaian pasukan Selangor Red Giants (SRG.OG) tetap membanggakan meskipun gagal mempertahankan kejuaraan Mobile Legend Bang-Bang (MLBB) Piala Pertengahan Musim (MSC) baru-baru ini.

Beliau berkata kejayaan pasukan tersebut layak ke final pertandingan itu pencapaian yang dibanggakan.

“Saya rasa nombor dua (tempat kedua) tidak gagal. Pencapaian yang bagus. Hadiah juga agak lumayan.

“Jadi saya nak ucapkan syabas kepada pasukan SRG.OG kerana mampu ke final,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) di sini, hari ini.

Sebelum ini, hasrat SRG.OG untuk mempertahankan kejuaraan MLBB MSC tidak kesampaian apabila terpaksa tunduk 1-4 kepada wakil Filipina Team Liquid PH (TLPH) pada aksi final utama di Riyadh, Arab Saudi, Selasa lalu.

Selaku juara TLPH membawa pulang hadiah tunai USD 1 juta manakala naib juara SRG.OG meraih USD 500,000.

Sementara itu, tempat ketiga bagi kejohanan MSC turut dimenangi wakil Filipina ONIC PH yang menumpaskan pasukan Indonesia ONIC ID 3-2 pada aksi penentuan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619