Safriah Md Adzhar Timbalan Datuk Bandar Shah Alam baharu

5 Ogos 2025, 3:17 AM
Safriah Md Adzhar Timbalan Datuk Bandar Shah Alam baharu
Safriah Md Adzhar Timbalan Datuk Bandar Shah Alam baharu
Safriah Md Adzhar Timbalan Datuk Bandar Shah Alam baharu

SHAH ALAM, 5 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyambut kehadiran Timbalan Datuk Bandar baharu Safriah Md Adzhar yang mula bertugas secara rasmi pada 1 Ogos lalu.

Sesi angkat sumpah pelantikan beliau berlangsung pada semalam di Wisma MBSA dan disempurnakan di hadapan Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim.

Pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataan hari ini menyifatkan pelantikan Safriah sebagai suntikan baharu kepada kepimpinan MBSA, berbekalkan pengalaman luas dalam sektor perkhidmatan awam serta kepakaran dalam dasar pembangunan, pengurusan dan inovasi.

Safriah Md Adzhar mengangkat sumpah pelantikan sebagai Timbalan Datuk Bandar Shah Alam baharu di hadapan Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam pada 4 Ogos 2025. Foto Facebook MBSA

Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Pendaftar di Institut Kesihatan Negara (NIH), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari Ogos 2019 hingga Julai 2025.

Sepanjang lebih dua dekad dalam perkhidmatan, Safriah pernah bertugas di beberapa kementerian dan agensi utama iaitu:

  • Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

  • Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Antara jawatan penting yang pernah disandang beliau termasuklah:

  • Ketua Penolong Pengarah MITI

  • Ketua Unit Pengurusan Penyampaian di bawah NKRA Isi Rumah Berpendapatan Rendah (LIH)

  • Timbalan Ketua Kluster Pengajian Pembangunan, Pengurusan dan Inovasi (INOVASI) INTAN

Timbalan Setiausaha Pengurusan MBSA Madiyan Baweh selaku Pemangku Timbalan Datuk Bandar Shah Alam menyerahkan nota serah tugas kepada Timbalan Datuk Bandar Shah Alam baharu Safriah Md Adzhar sambil disaksikan Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam pada 4 Ogos 2025. Foto Facebook MBSA

Berbekalkan latar akademik kukuh, Safriah memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Diploma Pengurusan Awam dari INTAN, Sarjana Sains dalam Polisi Kerjasama Antarabangsa dari Ritsumeikan Asia Pacific University, Jepun serta Sarjana Falsafah dalam Pengurusan dari University of Aberdeen, United Kingdom.

MBSA yakin kepimpinan dan kepakaran beliau bakal memperkukuh lagi aspirasi menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya pintar, berdaya huni dan mampan selari dengan misi menjadi PBT terunggul di Selangor dan Malaysia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619