Selangor lancar RSTU: Pacu reformasi tadbir urus dan penyampaian

4 Ogos 2025, 4:10 AM
Selangor lancar RSTU: Pacu reformasi tadbir urus dan penyampaian
Selangor lancar RSTU: Pacu reformasi tadbir urus dan penyampaian
Selangor lancar RSTU: Pacu reformasi tadbir urus dan penyampaian
Selangor lancar RSTU: Pacu reformasi tadbir urus dan penyampaian

SHAH ALAM, 4 OGOS: Kerajaan Negeri hari ini memperkenal Reformasi Sistem Penyampaian dan Tadbir Urus Negeri Selangor (RSTU) sebagai pemacu utama pelaksanaan dasar negeri dan penyelarasan dasar Kerajaan Persekutuan.

Dirasmikan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari, pelaksanaan kerangka reformasi itu menumpukan lima objektif utama supaya pembaharuan sistem penyampaian dan tadbir urus cekap dan berimpak.

"Terdapat lapan fokus strategik reformasi menerusi sistem ini, iaitu tadbir urus dan integriti, reformasi penyampaian, pemecahan budaya silo dan reformasi aduan. Seterusnya, modal insan berdaya, pemerkasaan akar umbi, pengukuran dan pemantauan program serta penilaian berasaskan hasil.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan amanat sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Majlis Perhimpunan Penjawat Awam bersama Dato' Menteri Besar di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam,  pada 4 Ogos 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

"Menerusi kerangka ini, penumpuan diberikan kepada penyampaian supaya hasilnya lebih pantas tetapi pada masa sama masih mengikut tatakelola sewajarnya.

"Kerangka ini memfokuskan kepada penyampaian lebih cepat dan efektif serta mengekalkan integriti jabatan dan pegawai," katanya ditemui selepas perasmian RSTU di Auditorium Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Terdahulu, dalam ucapan di hadapan ribuan penjawat awam, Amirudin menjelaskan, reformasi yang berlaku pada masa kini bukannya berlaku secara mendadak sebaliknya secara berperingkat namun memberi kesedaran dan pemikiran yang jelas.

Jelasnya, perubahan berlaku tidak menyentuh tunjang utama negara antaranya Islam sebagai agama rasmi, hak Bumiputera dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,yang mana sekiranya disentuh boleh mengakibatkan perpecahan dan menjejaskan kestabilan negara.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata inisiatif itu dirangka khusus dengan pendekatan yang disesuaikan mengikut acuan dan keperluan Selangor.

"Ia juga sebagai manifestasi komitmen negeri terhadap Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) yang digagaskan melalui Deklarasi Kuala Lumpur-Tekad Bersama Perkhidmatan Awam Malaysia yang dimeterai pada November tahun lalu.

"RSTU bukan sekadar dasar baharu atau pelan tindakan, ia pemacu utama kepada pelaksanaan semua dasar Kerajaan Negeri dan juga bertindak sebagai penyelaras pelaksanaan dasar kerajaan pusat," ujarnya.

Terdahulu, turut berlangsung majlis perhimpunan penjawat awam dan kempen kibar Jalur Gemilang. Dihadiri lebih 1,000 penjawat awam, Amirudin turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada sembilan pejabat daerah dan tanah (PDT) dan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari merasmikan Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Majlis Perhimpunan Penjawat Awam bersama Dato' Menteri Besar di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, pada 4 Ogos 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619