SELANGOR

Selangor miliki 3,834 hotspot WiFi Smart Selangor

27 Nov 2018, 4:28 AM
Selangor miliki 3,834 hotspot WiFi Smart Selangor

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 27 NOV: Sebanyak 3,834 perkhidmatan jaringan WiFi Smart Selangor (WiFiSS) diwujudkan, di sekitar negeri sejak pelaksanaanya, pada 2015.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian berkata, kemudahan WiFiSS disasarkan kepada kawasan tumpuan awam dan kawasan penduduk berpendapatan rendah.

Katanya, bagi kawasan perumahan seperti pangsapuri, pemasangan itu akan dipertimbangkan jika menepati kriteria ditetapkan selain tertakluk kepada kesediaan infrastruktur kawasan berkenaan.

"Kelajuannya bergantung kepada infrastruktur jalur lebar sedia ada berhampiran kawasan pangsapuri terbabit.

"Jika terdapat keperluan, kita sedia menambah bilangan hotspot bergantung kepada infrastruktur kawasan berkenaan," katanya menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Pandamaran, Leong Tuck Chee.

Terdahulu, pembangunan infrastruktur telekomunikasi melalui capaian jalur lebar (WiFi) di Selangor bakal diperluaskan dengan 4,000 ‘hotspot’ ke seluruh negeri, menjelang akhir tahun ini.

Pelaksanaan itu menjadi saksi kepada inisiatif Kerajaan Negeri bagi memastikan semua rakyat mendapat akses melalui capaian jalur lebar berkelajuan tinggi secara percuma, sekali gus merapatkan jurang digital di Selangor khususnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619