AGENDA

Leher penunggang motor cedera terkena tali layang-layang di Kepong

21 Jul 2025, 12:29 PM
Leher penunggang motor cedera terkena tali layang-layang di Kepong

KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Seorang penunggang motosikal cedera di bahagian leher akibat terkena tali layang-layang ketika melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 menghala ke Sri Damansara berhampiran Taman Tasik Metropolitan Kepong petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata dalam insiden pada 6 petang itu, mangsa yang berumur 27 tahun menunggang motosikal di lorong tengah jalan sebelum badannya terlanggar tali layang-layang dan terlekat di lehernya sebelum tali itu terputus.

"Mangsa yang mengalami kecederaan lecur di leher kemudian berhenti di tepi jalan dan telah mendapatkan rawatan di sebuah poliklinik di Selayang," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 80 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular video berdurasi 41 saat di media sosial yang dirakam oleh mangsa menunjukkan kecederaan di leher akibat terkena tali layang-layang.

Mangsa turut meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap individu yang menerbangkan layang-layang berhampiran jalan berkenaan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619