AGENDA

Pempengaruh TikTok ditahan buat aksi 'drift' di parkir stadium

7 Jul 2025, 10:21 AM
Pempengaruh TikTok ditahan buat aksi 'drift' di parkir stadium

NIBONG TEBAL, 7 JULAI: Polis menahan seorang pempengaruh TikTok kerana disyaki memandu secara berbahaya dengan melakukan aksi “drift” di kawasan tempat letak kenderaan Stadium Batu Kawan, di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Jay January Siowou berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah SPS pada 12.20 tengah malam tadi.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan keselamatan orang lain dan semakan mendapati lelaki tersebut pernah ditahan di bawah seksyen sama sebelum ini.

"Tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja melanggar undang-undang malah turut membahayakan keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak melakukan sebarang aksi berbahaya yang boleh mengundang risiko kemalangan.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619