SELANGOR

Halimey: Keluar sebelum 12 tengah hari

8 Sep 2018, 3:49 AM
Halimey: Keluar sebelum 12 tengah hari
Halimey: Keluar sebelum 12 tengah hari

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 8 SEPT: Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Pakatan Harapan (PAKATAN), Halimey Abu Bakar merayu kepada seluruh pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia untuk keluar mengundi sebelum jam 12 tengah hari.

Halimey berkata, ekoran keadaan cuaca yang kurang baik, maka beliau menasihatkan kepada semua pengundi keluar awal untuk mengundi.

"Jangan tunggu sehingga petang, cuaca pun agak mendung jadi saya merayu kepada pengundi DUN Seri Setia keluarlah sebelum jam 12 tengah hari.

"Setakat ini, saya difahamkan pengundi di Seri Setia masih kurang dan tidak sama seperti sasaran pihak Suruhanjaya Pilihan Raya. Jadi, tolonglah keluar mengundi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui SelangorKini di pusat saluran mengundi Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail Jaya, Shah Alam, di sini, hari ini.

Sebanyak 16 pusat mengundi PRK N.32 DUN Seri Setia sudah mula dibuka dengan 109 saluran membabitkan jumlah pengundi keseluruhan 53,492 orang.

PRK kali ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PAKATAN, Halimey Abu Bakar dan calon PAS, Dr Halimah Ali.

DUN Seri Setia diisytiharkan kosong selepas penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada 2 Ogos lalu akibat barah usus yang dihidapinya, sejak dua tahun lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619