AGENSI

Tourism Selangor giat promosi TMS 2025, pelancongan kesihatan antara tumpuan

2 Jul 2025, 3:32 PM
Tourism Selangor giat promosi TMS 2025, pelancongan kesihatan antara tumpuan
Tourism Selangor giat promosi TMS 2025, pelancongan kesihatan antara tumpuan
Tourism Selangor giat promosi TMS 2025, pelancongan kesihatan antara tumpuan
Tourism Selangor giat promosi TMS 2025, pelancongan kesihatan antara tumpuan

SHAH ALAM, 2 JULAI: Tourism Selangor giat menjalankan promosi kempen Tahun Melawat Selangor (TMS) 2025 melalui penyertaan ekspo di peringkat antarabangsa dan tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Chua Yee Ling berkata pihaknya menawarkan produk pelancongan negeri yang menarik dan berkualiti selaras dengan kempen tersebut kepada pengunjung.

“Separuh tahun pertama, Tourism Selangor menyertai ekspo pelancongan antarabangsa di Indonesia melibatkan dua bandar utama Makassar dan Yogyakarta. Promosi juga tumpu melalui Ekspo Dunia Osaka 2025 serta China.

[caption id="attachment_700262" align="alignleft" width="500"] Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling bercakap kepada Media Selangor selepas Forum Membina Masa Depan Berdaya Tahan: Teknologi Hijau ketika pameran Minggu Selangor di Pavilion Malaysia dalam Ekspo Dunia Osaka 2025, Jepun pada 9 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Mulai bulan ini, kami memberi tumpuan di peringkat domestik. Tourism Selangor menganjurkan Selangor Travel Fair di Pasar Seni selain menyertai pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) di Johor Ogos depan,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Yee Ling memberitahu pihaknya menjalin kerjasama dengan entiti swasta bagi mempromosi produk perkhidmatan kesihatan negeri untuk menarik kedatangan pelancong luar terutama Indonesia.

“Tourism Selangor menjalani sesi 'networking' dan slot diskusi B2B di Ekspo Malaysia Healthcare, Makassar bulan lepas bersama pemain industri.

“Kami berkongsi kepakaran untuk meneroka potensi sekali gus meningkatkan pasaran pelancongan kesihatan di Selangor dari Indonesia,” katanya lagi.

Kerajaan Negeri menyasarkan kehadiran lapan juta pengunjung ke Selangor tahun ini dengan catatan transaksi RM11.7 bilion sempena TMS2025.

TMS2025 disasar menawarkan lebih 60 program dan acara dengan promosinya memberi penekanan khusus kepada beberapa segmen termasuk ekopelancongan, agro, seni dan budaya.

[caption id="attachment_700619" align="aligncenter" width="1147"] Pemain menerbangkan Wau Kapal ketika Festival Sawah Padi Sekinchan 2025 pada 27 April 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_698549" align="aligncenter" width="1162"] Orang ramai menikmati keindahan pemandangan sawah padi dengan menaiki trem pada Festival Sawah Padi Sekinchan di Terminal Sekinchan pada 26 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619