AGENDA

OKU warga emas jatuh perigi buta diselamatkan bomba

2 Jul 2025, 2:27 PM
OKU warga emas jatuh perigi buta diselamatkan bomba

IPOH, 2 JULAI: Wanita warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) mental terjatuh ke dalam sebuah perigi buta di belakang rumahnya di South Ward, Tanjung Rambutan di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 8.40 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tambun bergegas ke lokasi sejauh 10 kilometer.

"Mangsa berusia 68 tahun terjatuh ke dalam perigi buta yang berkedalaman tiga meter dan mempunyai diameter selebar satu meter.

"Anggota bomba melaksanakan 'size-up' seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER (Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap), dengan seorang anggota turun ke dalam perigi untuk mengeluarkan mangsa dengan dipakaikan 'harness' dan diikat pada stretcher (pengusung)," katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi berkata mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut dan operasi tamat pada 9.39 pagi.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619