SELANGOR

Ibadah korban erat silaturahim warga kerja Worldwide Holdings

25 Ogos 2018, 1:30 AM
Ibadah korban erat silaturahim warga kerja Worldwide Holdings

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 25 OGOS: Warga kerja Worldwide Holdings Berhad (Worldwide Holdings) menampilkan penyatuan dan kerjasama erat bagi menjayakan program ibadah korban sempena Aidiladha di sini, semalam.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporatnya, Ami Nardin Ishak berkata, program anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) Warldwide Holdings itu bertujuan berhimpunkan kakitangannya bagi mengeratkan silaturahim dan ia jelas mencapai matlamatnya.

"Ia program tahunan kita jalankan dengan memberi peluang kepada pegawai dan petugas berkumpul bagi merapatkan ukhwah juga silaturahim sempena Aidiladha ini.

"Dengan sebahagian besar warga kerja Worldwide Holdings dapat bersama dalam program ini, kita dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat dan mesra," katanya kepada media.

Beliau berkata, pelbagai program dijalankan KSR Worldwide Holdings sentiasa mendapat kerjasama dan sokongan daripada Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datin Paduka Norazlina Zakaria dan semua kakitangan termasuk dari Worlwide Landfills Sdn Bhd serta Worldwide Medivest Sdn Bhd.

Katanya, program dijalankan di hadapan pejabat Worldwide Holdings itu memberi pengertian kepada semua kakitangan mengenai tujuan sebenar ibadah korban berkenaan.

"Ia jelas menyatukan kakitangan dengan kerja penyembelihan dan melapah dilakukan sehingga selesai seterusnya daging lembu diagihkan.

"Kita juga memasak sebahagiannya supaya dapat menjamu selera bersama," katanya menambah sebanyak empat ekor lembu dikorbankan KSR Worldwide Holdings dalam program berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619