SELANGOR

Tabung Harapan: Persatuan Kebajikan Pan Keong sumbang lebih RM15,000

23 Ogos 2018, 7:40 AM
Tabung Harapan: Persatuan Kebajikan Pan Keong sumbang lebih RM15,000

KLANG, 22 Julai 2018: Sejumlah RM15,446 berjaya dikumpulkan dalam sebuah majlis makan malam anjuran Persatuan Kebajikan Pan Keong, pada 21 Ogos lalu.

Sumbangan dikumpul untuk disalurkan ke Tabung Harapan Negara bagi membantu kerajaan menguruskan hutang negara yang telah ditinggalkan kerajaan terdahulu.

Cek sumbangan diserahkan kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa, Dr Daroyah Alwi di hadapan kira-kira 1,500 hadirin pada majlis yang diadakan cukup meriah di Restoran Taman Rashna, Klang.

"Satu usaha yang baik dan setinggi penghargaan kepada penderma yang prihatin membantu negara tercinta.

"Semangat ini wajar diteladani kerana rakyat adalah tulang belakang kepada keutuhan dan kesejahteraan sebuah negara yang berjaya," kata Daroyah.

Terdahulu, kutipan dibuat terus dari meja ke meja sebelum dikumpulkan, dikira dan diumumkan secara terbuka kepada semua yang hadir.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619