AGENDA

Anwar seru bersama membangun ummah, melangkah ke depan dengan ilmu, integriti

26 Jun 2025, 10:24 PM
Anwar seru bersama membangun ummah, melangkah ke depan dengan ilmu, integriti

KUALA LUMPUR, 26 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sambutan Maal Hijrah 1447H/2025M akan menjadi detik permulaan kepada kehidupan yang lebih diberkati dan bermakna.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata tahun baharu hijrah membawa seruan untuk membangunkan ummah MADANI yang sejahtera, inklusif, berakhlak dan berpaksikan nilai-nilai Islam.

“Hijrah bukan sekadar perpindahan tetapi satu proses pembaharuan. Ayuh kita terus melangkah ke hadapan dengan ilmu, integriti dan semangat kebersamaan,” kata beliau.

Perdana Menteri turut mengajak umat Islam menghayati ayat 218 dalam surah al-Baqarah.

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2025M akan berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) esok.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dijadual berangkat menyempurnakan sambutan itu yang bertemakan 'Membangun Ummah MADANI'.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619