SELANGOR

BGMC tumpu pemuliharaan alam sekitar

13 Ogos 2018, 2:52 AM
BGMC tumpu pemuliharaan alam sekitar

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

JERAM, 13 OGOS: Tidak hanya menumpukan keuntungan projek kontraktor, BGMC Corporation Sdn Bhd turut memberikan keutamaan terhadap aktiviti pemuliharaan alam sekitar.

Presiden Kelab Sukan BGMC Corporation Sdn Bhd, Chan Hong Piow berkata, pendekatan itu diambil sempena program 'CSR BGMC Mangrove Planting', bagi menterjemahkan hasrat bersama menjaga kepentingan hutan paya bakau.

"Seramai 43 sukarelawan bersama 10 petugas termasuk renjer Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) membantu menjayakan projek menanam 500 anak pokok bakau di Hutan Simpan Kapar Tambahan.

"Anak pokok bakau kurap dan minyak ditanam secara bergotong-royong di kawasan ditetapkan pihak jabatan bagi memastikan ekosistem hutan sentiasa terjaga," katanya dalam kenyataan, semalam.

Chan Hong berkata, matlamat program tanggungjawab sosial itu untuk memberi kesedaran dan pendekatan mengenai kepentingan hutan paya bakau.

"Selain itu, ahli dapat membantu memelihara hutan paya bakau supaya dapat diwarisi generasi akan datang dan memupuk semangat setiakawan peserta program.

"BGMC juga berharap supaya program usahasama CSR antara syarikat swasta dengan agensi kerajaan terus terjalin demi kepentingan bersama," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619