AGENDA

Dua lelaki mabuk ditahan selepas tumbuk, gigit anggota polis di IPK Pulau Pinang

23 Jun 2025, 3:51 PM
Dua lelaki mabuk ditahan selepas tumbuk, gigit anggota polis di IPK Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 23 JUN: Polis menahan dua lelaki disyaki berada di bawah pengaruh alkohol kerana mendatangkan kecederaan kepada seorang anggota polis dalam kejadian di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata kejadian berlaku pada 4.30 petang ketika anggota berusia 30 tahun itu sedang bertugas dan telah menahan dua lelaki tempatan yang berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan pintu pagar IPK.

“Pemeriksaan terhadap kedua-dua suspek berusia 19 dan 20 tahun itu mendapati mereka disyaki dalam keadaan mabuk dan dibawa masuk ke dalam pos pengawal untuk pemeriksaan lanjut.

“Bagaimanapun, semasa berada di dalam pos, kedua-dua suspek bertindak agresif dengan menumbuk pipi dan menggigit dada anggota bertugas sehingga menyebabkan kecederaan di mata kiri serta lebam di dada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Rozak berkata selain serangan fizikal, suspek turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota berkenaan.

Kedua-dua suspek direman tiga hari bermula hari ini hingga 25 Jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619