NASIONAL

Google Malaysia bantu mahasiswa KTAR

20 Jul 2018, 5:53 AM
Google Malaysia bantu mahasiswa KTAR
Google Malaysia bantu mahasiswa KTAR

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 20 JULAI: Google Malaysia bekerjasama dengan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KTAR) bagi membantu mahasiwanya lebih peka dengan penggunaan teknologi internet.

Ketua Komunikasi dan Hubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof berkata, bengkel interaktif yang dinamakan Google Cafe: Cool Tools 4 Skool diadakan untuk berkongsi cara penggunaan telefon pintar dengan sebaiknya.

Katanya, bengkel interaktif itu dapat meningkatkan hubungan sosialisasi pelajar di samping membantu mengekalkan prestasi akademik di universiti.

“Bengkel ini membantu pelajar mencari sumber rujukan dan tugasan mata pelajaran bersesuaian selain menjelaskan peranan Google Search, Google Scholars pula menyediakan akses bahan bacaan akademik merentasi pelbagai format penerbitan dan disiplin mata pelajaran.

“Google Books juga membantu pelajar universiti mengenalpasti buku dan topik perbincangan dalam bentuk digital,” katanya.

Zeffri berkata, bengkel Cool Tools 4 Skool itu turut membantu pelajar mengimbangi tarikh akhir tugasan, kuiz, ujian pertengahan semester dan peperiksaan.

“Jika mereka tidak menguruskan masa dengan sempurna, mereka berkemungkinan besar terlepas kelas atau peristiwa penting lain.

"Bengkel ini mendedahkan pelajar dengan program Google Cafe iaitu bagaimana fungsi Google Calendar dan Google Maps membantu mereka dalam menguruskan masa selain maklumat penting bagi tugasan peperiksaan serta membantu merancang perjalanan ke destinasi kajian,” katanya.

Dalam bengkel disertai lebih 200 mahasiswa itu juga turut mendedahkan pelajar penggunaan Google Drive, Google Docs, Google Slides, Google Sheets dan Google Photos dalam menghasilkan dokumen dan gambar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619